JENGKA 24 – Seorang pemuda dari Felda Jengka 24 mendakwa dirinya memiliki sebilah keris sebesar syiling 50 sen yang dikatakan antara lima bilah keris milik Wali Sembilan atau Wali Songo di Nusantara ini.
Pemuda terbabit yang mahu dirinya dikenali sebagai Tok Nadim, berkata, keris terbabit diperolehnya dari seorang ustaz yang tidak mahu didedahkan identitinya.
“Saya diberikan keris ini oleh seorang ustaz yang mendapatkannya dari Gunung Senyum setahun lalu. Saya tidak tahu perkara sebenar bagaimana ustaz terbabit mendapatkan keris ini, namun berdasarkan pertanyaan dari ramai orang, keris ini merupakan antara salah satu dari lima bilah keris milik Wali Songo,” katanya :- SUMBER HARIAN METRO 12 APRIL 2012
No comments:
Post a Comment