IKLAN BERBAYAR

 Banner

iklan berbayar

Wednesday, April 25, 2012

BERITA;-Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?


MM2H Car Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?

Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :

Mana-mana warga asing yang layak menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?

  • Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton

  • Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda

  • Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan

  • Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?

  • Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai

  • Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya

  • Logik?

MM2H Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia. Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi warganegara Malaysia?


Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia. Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.

Itu sebablah kami yakin dan percaya, harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan sebenarnya.  Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.

MM2H Car Price List Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Sebabnya, apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah  diberikan kepada warga asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa yang samarakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara  untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL)


Jika melihat kepada peserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya. Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan. Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling penting sebenarnya.

Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011

Rekod di bawah ini merupakan jawapan lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).

  • Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).

  • Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.

  • Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :

Bil
Negara
Jumlah
(2002 -2011)
1.
China
2857
2.
Bangladesh
2082
3.
United Kingdom
1789
4.
Jepun
1629
5.
Iran
1037
6.
Singapura
804
7.
Taiwan
724
8.
Pakistan
698
9.
India
631
10.
Korea
613

Cuma kata menteri, antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H) 

Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)

Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :

Harga Kereta Honda Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta KIA Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Toyota Vios Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta Proton Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Kalau di Malaysia ada :

  • Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia

  • Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia

  • Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?

Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysiasememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka (warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.

Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa? ;-SUMBER BERITA SEMASA

BERITA;-Perhimpunan Bersih 3.0 (28 April 2012) Tidak Diluluskan Atas Sebab Keselamatan!!


Bersih 3.01 Perhimpunan Bersih 3.0 (28 April 2012) Tidak Diluluskan Atas Sebab Keselamatan!!

Kumpulan Bersih 3.0 masih tetap dengan pendirian mereka untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Termasuklah, pihak polis yang telah mengeluarkan arahan dengan tidakmembenarkan pihak BERSIH mengadakan perhimpunan 3.0 (duduk bantah) Sabtu ini atas sebab-sebab keselamatan….Surat pihak polis ada disertakan di dalam ini.

Surat BERSIH Kepada Pihak Polis

Bersih 3.0 Rally Perhimpunan Bersih 3.0 (28 April 2012) Tidak Diluluskan Atas Sebab Keselamatan!!

Surat Maklum Balas Pihak Polis Kepada BERSIH

Perhimpunan Bersih 3.0 Perhimpunan Bersih 3.0 (28 April 2012) Tidak Diluluskan Atas Sebab Keselamatan!!

Bukan sahaja pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Datuk Bandar Fuad Ahmad Ismail tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka kerana ia mengandungi unsur-unsur politik atau membantah.

  1. Selaras dengan dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak aktiviti seumpama itu, seperti memberi ceramah, mempunyai unsur-unsur politik atau membantah, diadakan di Dataran Merdeka

  1. Perhimpunan Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tidak dibenarkan atas alasan ia bukan satu acara Nasional

Jikalau sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak akan menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 kerana menyifatkan ia bukan sebagai isu yang boleh mengancam keselamatan negara. Tetapi….tetapi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap Bersih memastikan perhimpunan itu dilaksanakan dalam suasana aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

  • Kerajaan tidak melihat rancangan Bersih ini sebagai isu keselamatan

  • Bersandarkan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan ini selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang yang telahpun digubal dan diluluskan oleh Parlimen

  • Semua yang terlibat boleh berhimpunan tapi perlu memastikan jangan sampai menjejas dan menyusahkan orang ramai

  • kerajaan tidak membenarkan perhimpunan yang membabitkan demonstrasi jalanan

P/S : Menteri kata boleh dengan bersyarat, pihak berkuasa terus melarang pihak Bersih meneruskan perhimpunan. Manakala pihak Bersih masih terus dengan pendirian mereka setakat ini untuk tetap mengadakan Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 ini

PP/S : Perlukah Bersih 3.0 diadakan? Dan adakah Bersih 3.0 merupakan satu ancaman keselamatan kepada negara?:-SUMBER BERITA SEMASA

Tuesday, April 24, 2012

PELANCONGAN:-PANTAI MORIB KUALA LANGAT

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

[sunting]Cara ke sana

  • Dari Putrajaya, anda perlu ke Dengkil, kemudian ke Kuala Langat, terus ke pekan Banting dan terus ke Morib

[sunting]Tarikan

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar KlangBantingSepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayanyang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.

PELANCONGAN:-RUMAH API BUKIT JUGRA BANTING


Rumah api Bukit Jugra                                             Rumah Api Bukit Jugra terletak di Bukit Jugra, Jugra, muara Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Koordinatnya ialah padalatitud 02° 50.1' Utara dan longitud 101° 25.1' Timur. Rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut. Lampu limpah yang digunakan ialah FI.W.10s.[1]                                                                                 

PELANCONGAN;-PANTAI BAGAN LALANG SEPANG


Bagan Lalang merupakan sebuah pantai perangin di negeri Selangor yang kurang dikenali pada masa dahulu tetapi kini banyak pembangunan telah di jalankan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mempromisikan Pantai Bagan Lalang sebagai sebuah pantai peranginan tang terkenal di Selangor.



Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpurmelalui PLUS Higway menuju arah ke KLIA.

PELANCONGAN:-GUNUNG LEDANG



Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunungyang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul TakzimMalaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276meter [1], Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya denganspesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan daerah Ledang,Muar, Batu Phat dan Kluang di Johor.Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasanTtimur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauhGreece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Cara mendaki

Ada tiga runut mendaki:

  • Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

  • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radiostesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

    Kelebihan

    Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.

    Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.

    Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

VIDEO LAWAK

najib dimalukan depan psy gangnam style

KITE MENANG LAGU BOLA HARIMAU SELATAN

VIDEO LAWAK:-Jozan Versi Jepun - Lawak Habis !!

VIDEO LAWAK:-Maharaja Lawak mega - Minggu 6 - Shiro

VIDEO LAWAK:-Maharaja Lawak mega Minggu-6 Jambu + SPECIAL Gift!! ❤❤❤❤

VIDEO LAWAK:-MAHARAJA LAWAK MINGGU 11 [ SEPAH - 1 ] 4/12

VIDEO LAWAK:-GELAK PECAH URAT KENTOT

VIDEO LAWAK:-Koleksi Johan Raja Lawak tiru watak artis

LAGU

LAGU:-Anak Kampung - Jimmy Palikat (Versi 2011 With Lirik)

LAGU:-Anak Kampung Versi Jawapan Dari Perempuan.mp4

LAGU:-CARTA HATI - Najwa Latif (OFFICIAL MV - HD)

LAGU:-Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

LAGU:-ST12-JANGAN PERNAH BERUBAH (original clip)

LAGU:-Patah Seribu - Shila Amzah (Original Studio chords and lyrics.wmv)

MOVIE

MOVIE :-sepah the movie 2012

MOVIE:-TELEMOVIE: Patah Seribu (2012)

MOVIE:-OMBAK RINDU FULL MOVIE

MOVIE:-SUATU MALAM KUBUR BERASAP FULL MOVIE

MOVIE:-Johan Raja Lawak as Ah Cai at Spore Expo

VIDEO SEX

VIDEO SEX:-penari sex ghairah

VIDEO SEX:-budak sekolah bodoh main bwah pondok